Rumpai Laut

Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik.


Rumpai Laut Ungu dan Kuning adalah rumpai laut berkualiti dari Semporna, Sabah dan telah banyak digunakan dalam industri kosmetik, penjagaan muka, makanan ringan dan lain-lain. Rumpai laut tersebut melalui proses pengeringan terlebih dahulu dan siap sedia untuk digunakan sebagai terapi kecantikan dan kesihatan dalaman dan luaran. Rumpai Laut Ungu adalah spesis Euchema Cottoni atau Euchema Kappayachus Alverazi. Rumpai laut ini mempunya nilai kolagen yang tinggi yang juga dikenali sebagai Pure Marine Collagen.

KEBAIKAN-KEBAIKAN PENGAMBILAN RUMPAI LAUT KOLAGEN
- Melaraskan berat badan dan mestabilkan hormon
- Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
- Memejalkan payudara, otot dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
- Mengurangkan penuaan pramatang seperti penuaan dan kulit kendur
- Mengurangi selulit
- Memberi tenaga
- Melancarkan pengaliran darah, mengurangkan sakit bahu dan belakang
- Menguatkan tulang dan sendi
- Merawat penyakit gout
- Mencegah tumor/kanser
- Menurunkan tekanan darah
- Meningkatkan fungsi penghadaman atau pencernaan serta merawat gastrik
- Melicin, menegang dan menghaluskan kulit
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghilangkan parut
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
- Menyerap lebihan garam dalam badan
- Memelihara usus kecil / Mengelakkan buasir atau sembelit