- Rendamkan rumpai laut kering selam 6 jam atau semalaman bertujuan bagi menghilangkan rasa masin air laut. Kerap kali gantikan air sekali untuk setiap jam.
- Buang air rendaman tersebut kemudian basuh sehingga bersih iaitu sekurang-kurangnya 3-4 kali.
- Basuh rumpai laut segar sehingga bersih seperti Kaedah A.
- Rumpai laut kering atau segar dipotong mengikut citarasa sendiri.
- Masukkan bersama bawang merah, bawang putih, tomato, halia, cili padi, cili merah, limau nipis serta mangga mentah
- Tambah garam atau penambah rasa mengikut citarasa sendiri.
- Gaul dengan sebati dan sedia untuk dihidang.
- Basuh rumpai laut kering sehingga bersih seperti Kaedah A.
- Rebus dengan air sebanyak 2-3 liter sehingga rumpai laut kering cair sepenuhnya dan kelihatan seperti agar-agar.
- Pastikan api dalam keadaan perlahan selama 30-40 minit.
- Sedia untuk diminum begitu sahaja ataupun masukkan dalam minuman berperisa seperti jus Sunquick.
- Untuk penyimpanan tahan lama, masukkan dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba.
Penyediaan Masker Muka
- Lakukan Kaedah A.
- Rebuskan rumpai laut seperti dalam penyediaan dalam minuman kemudian tapiskan.
- Sisa yang terdapat dalam tapisan tersebut akan digunakan sebagai masker muka.
- Basuh muka terlebih dahulu kemudian sapukan pada muka dan leher.
- Tunggu sehingga masker muka kering
- Basuh muka sekali lagi setelah selesai menggunakan masker muka. Air suam boleh digunakan.
Selamat Mencuba.