Friday, 17 May 2013

CARA PENYEDIAAN

Kaedah A

  1. Rendamkan rumpai laut kering selam 6 jam atau semalaman bertujuan bagi menghilangkan rasa masin air laut. Kerap kali gantikan air sekali untuk setiap jam.
  2. Buang air rendaman tersebut kemudian basuh sehingga bersih iaitu sekurang-kurangnya 3-4 kali.

Resepi Rumpai Laut (Ulam)


  1. Basuh rumpai laut segar  sehingga bersih seperti Kaedah A.
  2. Rumpai laut kering atau segar dipotong mengikut citarasa sendiri.
  3. Masukkan bersama bawang merah, bawang putih, tomato, halia, cili padi, cili merah, limau nipis serta mangga mentah
  4. Tambah garam atau penambah rasa mengikut citarasa sendiri.
  5. Gaul dengan sebati dan sedia untuk dihidang.

Penyediaan Dalam Minuman


  1. Basuh rumpai laut kering sehingga bersih seperti Kaedah A.
  2. Rebus dengan air sebanyak 2-3 liter sehingga rumpai laut kering cair sepenuhnya dan kelihatan seperti agar-agar.
  3. Pastikan api dalam keadaan perlahan selama 30-40 minit.
  4. Sedia untuk diminum begitu sahaja ataupun masukkan dalam minuman berperisa seperti jus Sunquick.
  5. Untuk penyimpanan tahan lama, masukkan dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba.

Penyediaan Masker Muka
  1. Lakukan Kaedah A.
  2. Rebuskan rumpai laut seperti dalam penyediaan dalam minuman kemudian tapiskan.
  3. Sisa yang terdapat dalam tapisan tersebut akan digunakan sebagai masker muka.
  4. Basuh muka terlebih dahulu kemudian sapukan pada muka dan leher.
  5. Tunggu sehingga masker muka kering
  6. Basuh muka sekali lagi setelah selesai menggunakan masker muka. Air suam boleh digunakan.
Selamat Mencuba.